Mohammad Alinor Abdul Kadir: Etnomatematik Mencabar Eropusatisme

Kalau menurut John Horgan, dalam The End of Science: Facing The Limits of Knowledge In The Twilight of The Scientific Age hayat sains sudah berakhir. Sains sukar lagi membangunkan pengetahuan-pengetahuan baru. Tapi, tatkala hadhirnya etnomatematik, ternyata, maseh banyak lagi pengetahuan yang sedia dicungkil, lebih-lebih lagi jika kita menghubungkan bidang sains tabii dengan sains sosial. Etnomatematik adalah salah satu bidang yang bercirikan demikian.